teringatt..

assalamualaikum

malam ni entah la kenapa suasana sejuk damai dan terlalu tenang. susah nak ekspress perasaan sendiri selain melalak sorang2 dlm bilik nie. so terselak lah album eksiden tu hari.
sayu...
malam ni menjadi teman.

2jam sebelum eksiden.
"mak,k.nyah nak beli kasut nak bawak g induksi tu. cuma ada sepasang jer"
mak pujuk ayah g tesco walaupon ayah dah cakap dia penat. tapi juih bibir aku selalu kalahkan segalanya...ayah turutkan jugak!

sepasang flatty dengan buku mastika yang aku beli.
tujuan memang tu jer xde yang lebih.so tu jer aku beli..
sebelom balik singgah makan kat tempat biasa.sempat lagi kol and meseg cinta bagitaw.
tapi...

betol2 dah nak sampai rumah dah tu.cuaca pon bukan jadi punca.tapi keadaan tu yang memaksa.entah dari mana datangnya bus sebesar tu boleh memenuhi kedua cabang jalan tu.selepas selekoh lagi...

creeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeek~ dentum!
aku ingat lagi dengan jelas bunyi tu. aku duduk betol2 dekat tengah. tabiat aku suka menyampuk mak n ayah bersembang. dan sebab itu bila dentuman tu berlaku, aku tercampak ke depan. dada aku di raba brek tangan. serius macam nak tergetak jantung aku.bile nak stabilkan balik kedudukan aku yang tertonggeng tu, tibe2 pulak macam sekelip mata jer ade benda terbang depan mata aku. elok je cermin tu fire fly...sempat lagi dia capai kulit and daging dahi aku :D

aku kaget sangat.nak bukak pintu xboleh.then kelua ikot pntu sebelah adik...aku lari dapatkan mak while adik selamatkan ayah.masa tu hanya Tuhan yang tahu betapa aku nak jatuh ase nak pengsan tengok darah yang banyak dekat mak aku.....:(

tapi aku kuatkan semangat.aku bawak mak aku kat tepi jalan..adik papah ayah..ayah terhentak dada dekat stering..dengan bangganya lei lekat cop stering kat dada ayah...but mumm..omg..aku yag nurse pon masih bertawakal masa tu...
dahi mak terkopak besar..dari hujung kening kanan ke hujung kening kiri..terkopak ke atas, terjuih macam tunggu nak tercabot jer..putus kening mak...aku masih kuat time tuh....

bila orang dtg tolong..aku mule rase sangat2 cemas..bila mak tanya mana ayah...mana ayah...aku la yang kena kawal keadaan time tu..adik xlei tengok darah langsung...so adik dekat ayah, aku dekat mak...aku tahan darah mak dengan tuala yang orang bagi..tok stop bleeding..tapi aku lupa kat diri aku sendiri....tengah kaget tula ada sorang abang ni yang sangat banyak membantu..dia bagitaw aku pon terluka..atas dahi kanan aku terkoyak besar..aku perasan tapi aku lebih pentingkan mak aku time tuhh...sampai lupa kat keadaan sendiri..tu abang tu tekapka tuala jugak kat dahi aku..

ambulance datang.
dah rasa lega sikit. tapi masih trauma. aku hanya pelok je mak. aku suruh mak sabar..aku genggam je tangan mak..tak berenti2 air mata aku mengalir time tu..adik temankan ayah..ayah pon teruk jugak sampai bergantung pada oksigen nak bernafas..
ianya bencana paling besar pernah terjadi dalam famili aku..

aku dapat 9jahitan di dahi kanan. mak dikejarkan ke hospital besar ipoh malam tu jugak sebab mak kehilangan banyak darah. mak kena wat plastik surgery tok sambungkan semua tisu dan artery yang terputus tu. ayah pulak di tahan seminggu dalam wad kat hospital changkat melintang..adik yang tiada apa2. tapi diala insan paling trauma cz dia saksi setiap kejadian..

alhamdulillah dah nak 4bula semua ni berlalu. mak dah makin sembuh. ayah pon sama. aku jugak dapat dah balas segala kesakitan tu dengan hadiahkan mak ayah aku segulung diploma..semua ni jadi pon sebab aku mahu mendapatkan segulung diploma tu.

macam mak cakap masa hari bersejarah aku tu " semuanya yang pahit dah terbalas!"
aku pelok mak kuat2. aku sayang sangat kat mak n ayah. walaupon aku banyak menyusahkan mak dan ayah tapi diorang masih pelok dan tak jemu2 berada kat sisi aku.pengorbanan diorang dekat aku xkan aku mampu balas dengan apa pon.cuma kebahgiaan aku tu senyuman bahagia dari mereka...sob..sob..

*parut yang kekal 

*kereta soi law nak kai lagi. so better let it go :3





sweet like candy esok dtg lgyy ",

No comments:

Post a Comment