kesan 2-3 hari lepas

assalamualaikum
sinaran petang hari ni mengingatkan aku pada sinaran petang dekat tanjung harapan port klang. cantik, menenangkan dan antara moment indah bila bersama . sweet tengok matahari terbenam sambil makan twistiss bingit :)

kampung halaman.
bunyian burung2 , lembutnya sang lalang meliuk2 melambai aku yang duduk di birai tingkap bilik ni, rumput nan menghijau, bunyi motor mat2 rempit roud kampung petang hari..
aku tersenyum. aku masih mampu walaupun semalamnya aku jatuh :)
aku pandang langit , renungan dia bila tengok aku membuatkan aku tersenyum sendiri.
dia macam nak bagitaw aku sesuatu. dia mungkin nak suruh aku bangun dan pergi mandi . hehehe :D

tapi,
aku xpeduli sebab aku jarang melihat pemandangan macam ni bila aku dekat KL . bukan jarang tapi langsung tak dapat kan. ehmm alhamdulillah aku masih ada kampung halaman yag bolehkan aku balik bila raya tiba, bolehkan aku hirup udara segar walaupon semuanya kadang2 merimaskan aku. 

ye,
kampung aku tiada apa-apa. cuma ada kebun2 ayah yan di jadikan tempat dia keluakan kederat yang ada yang selama ini menyara aku. thanx ayah! semua ni kadang2 membuatkan aku berfikir lama. aku rimas duduk rumah lama-lama, memang aku tak boleh duduk diam mesti nak keluar berjalan and cari masalah. tp tu dulu, sekarang aku dah berubah. cuma yang tak berubah bila aku terpaksa duduk dalam bilik selama nak dekat 3 bulan dah. korang rasa korang faham tak betapa aku sunyi ?

aku minta izin mak ayah nak bekerja tapi biasalah apa la sangat nak di buat dekat kampung ni kan. semua nya serba xkena bagi aku. bukan aku nak nafikan sebab dah biasa duduk KL tapi sebab aku tidak tahan nyamuk gigit. korang mesti tak percaya kan? walaupon aku asal kampung and membesar dekat sini tapi kulit aku ni xboleh kena rumput dekat luar rumah pon. aku tak minta pon, tapi tulah penyakit yang aku selalu dapat. sekali kena dah macam kudis buta :/

herm, so korang mesti faham kan kenapa aku melalut tak tentu fasal sejak 2-3 hari ni.. aku serius dah tak larat menjadi si kecil di bawah ketiak mak dan ayah. aku cuma mahu bebas dan menjaga diri aku macam biasa :) maaf mak ayah....


sweet like candy esok dtg lgyy ",

No comments:

Post a Comment